Thursday, September 3, 2009

Rindu tiada penghujung

Lama betul tak blogging. Sory... Bz betul rasanya, kalo ada 28 jam sehari pun rasanya tak cukup... Tapi, kedatangan Ramadhan tetap den sambut dengan kerendahan hati yang tulus... Jadi bersempena bulan baik ni, den nak ucapkan SELAMAT BERPUASA MABRUR dan beramal soleh...

Tuesday, June 30, 2009

Tip pemilihan telur


Kadang-kadang kita terbeli telur tembelang (telur yang dah tak elok)... La ni,den nak kongsi tips bagaimana nak pilih telur yang segar...

Pemilihan
  1. Kulit telur hendaklah bersih, bentuk yang elok dan kesat
  2. Telur yang baru berat manakala telur yang lama ringan kerana kehilangan air di dalamnya akibat sejatan
  3. Apabila dihala ke cahaya terang, telur baru akan kelihatan bersih di dalamnya dan telur lamaakan kelihatan tompok hitam
  4. Telur baru tidak akan berkocak bila digoncang. Telur lama pula sebaliknya
  5. Telur boleh diuji kesegarannya dengan cara meletakkan telur di dalam air bergaram (60 gram + 1/2 liter air). Telur yang baru akan tenggelam dan bahagian bawahnya runcingnya ke bawah manakala telur lama akan timbul di permukaan)
  6. Apabila dipecahkan, kuning telur pejal dan bulat manakala putihnya pekat dan berkumpul disekeliling kuning telur. Telur yang lama kuningnya leper dan mudah pecah, putih telur cair

Friday, June 26, 2009

Tart gulung vegetarian


Kadang-kadang kesian nengok customer yang vegetarian. Susah nak cari produk untuk dimakan. So, kat sini den nak bagi resepi tart nanas vegetarian. Tak pakai telur. Cubalah...


Bahan-bahan

250 gm mentega
100 gm gula aising
100 gm tepung kastard
100 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum


Cara menyediakannya
  1. Mentega dicampur bersama gula aising dan pukul hingga kembang
  2. Masukkan tepung kastad, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit
  3. Kemudian, gaul adunan tadi hingga menjadi doh yang lembut
  4. Setelah itu, gunakan acuan tat dan gulung bersama jem nanas
  5. Adunan yang telah siap hendaklah disapu dengan kuning telur di atasnya. Bakar hingga masak

Thursday, June 25, 2009

Kek bantat


Kesilapan dan punca kek tidak menjadi

1- Tekstur yang rapat dan bantat
- Lemak dan gula tidak cukup diputar atau
- Telur tidak dipukul dengan cukup atau
- Adunan mendadih atau
- Terlalu banyak cecair atau
- Suhu ketuhar tidak cukup panas atau
- Serbuk penaik terlalu sedikit atau

2- Kek kering
- Kuantiti serbuk penaik berlebihan atau
- Masa memasak terlalu lama dan api perlahan atau

3- Tekstur kasar dan terbuka
- Kuantiti serbuk penaik berlebihan atau
- Kadar sukatan lemak atau tepung tidak tepat atau
- Lemak dan gula tidak cukup kembang atau
- Ketuhar terlalu panas atau

4- Kek naik tidak sama rata
- Kek tidak diletakkan ditengah ketuhar atau
- Ketuhar tidak cukup panas ketika memasukkan kek atau
- Tetingkat ketuhar tidak rata atau

5- Kek lekuk ditengah
- Terlalu banyak cecair digunakan atau
- Pintu ketuhar dibuka sebelum kek set atau
- Ketuhar kurang panas atau
- Terlalu banyak bahan penaik digunakan atau

6- Kek kemuncak dan merekah ditengah
- Ketuhar terlalu panas atau
- Kek diletakkan terlalu tinggi di dalam ketuhar atau
- Acuan kek terlalu tinggi atau

Frosting Cake



Last week dtg 1 couple nak order kek untuk majlis diaorg.. Bila bukak je album, kepala diaorg nak pening. Sebab banyak benar design... Finally, den tunjukkan frosting cake, terus diorg jatuh cinta dan lantas terus mengorder... mana taknya... frosting cake ni tengah ada promotion. 1 and half kg, baru RM60... Murah tu bro... Kalo kat tempat lain tak dapat harga ni (ayat org berniaga... ekekeke)... tapi betul, AYUBELYNA is a place which u can get cheaper price with a delicious taste and finest design... Insyaallha, we always try to make the best for our customers... kalo tak cayo, cuba order...

Hari Kantin




Last week den got a call from an old friend. Dia kata sekolah dia nak buat hari kantin dan dia nak jual produk-produk dari Ayubelyna. So, dia minta den sediakan a few products yang boleh laris dan harganya tak terlalu mahal. Pening jugak nak memikirkannya. Ialah, nak yang SEDAP TAPI MURAH... Setelah memikirkannya, keluar le beberapa produk;

1- egg tart (as u can see)
2- chocolate tart (as u can see)
3- mini piza
4- chocolate donut
5- truffle (as u can see)
6- assorted of dadih
7- butter cake slice

Harap-harap produk yang dijual licin... Harap-harap gak dia puas hati dengan keuntungannya... Harap-harap gak customer satisfied dan simpan AYUBELYNA di dalam sanubari hati...

Tuesday, June 23, 2009

Kek Lapis Negeri Sembilan



Kek ni memang mencabar keimanan.. Sebiji je ambik masa 4 jam. Senang lagi ambik paper Business Statistic.. Mula-mula risau juga takut tak jadi coz dah lama tak buat. Takut skill hilang, tapi alhamdulillah. Menjadi... Dah habis pun... Raya tahun ni, bertambah lah 1 lagi produk baru. Kek Lapis Sarawak... Takyah gi jauh2 beli, kat N9 pun bley. ekekeke...

Friday, June 19, 2009

Carrot Cake


Kek lobak ni is one of our expertise.. Teksturnya moist n rich with soft shredded carrot. Besides that den also mix up the batter with cinnamon powder... barulah wangi skit...

Tuesday, June 16, 2009

Pengarang hati






Ari ni den rasa nak kongsi cerita tentang cat yang merupakan buah hati kitaorg. Yang paling tua dan setia namanya tomie, yang kedua namanya mimi (parsi), yang ketiga namanya beckham (tak besar-besar walaupun dah dekat 2 tahun), keempat oren (anak angkat kepada mimi) dan yang bongsu chico... Comel tak?

Sunday, June 14, 2009

Shopping trip











Salam... Hi guys.. Rasanya dah 2 weeks tak update blog ni.. Bukan apa, den n wife gi shopping trip 1-4 Jun yang lepas. Kitaorg gi Jakarta - Bandung... Memang best gi sana. Merasa lah jadi jutawan kat sana. Jutawan Rupeah le... ekeke... Bawak le duit satu kontena pun, gerenti habis. Barang-barang kat sana memang murah giler... Kalo korang nak bisnes, beli le kat indon, bawak balik Malaysia boleh jual 4 kali ganda ... masih murah...

Tapi banyak gak yang tak best. Contohnya makanan... tak merasa le nak makan nasi kandaq ke, nasi kerabu ke, roti canai ke, nasi lemak ke... Hadap je lah nasi padang yang tak tau dah dipanaskana berapa banyak kali. Harga pun bley tahan le. Kalo ada RM3.50, jgn le harap dapat nak makan nasi. makan le bakso kat tepi jalan... kalo nak makan nasi, standby je le Rp80,000 - Rp120,000...

Nanti kita sambung lagi lah ye cerita pasal Jakarta-Bandung..

Friday, May 29, 2009

Cuti sekolah



yea.. yea... cuti sekolah... best ni. Bley long rest skit.. Tapi tak jugak. Tempahan yang menanti banyak juga. For the first week cuti sekolah ni, eden n wife akan ke Indonesia. Pegi Jakarta n Bandung, bu.. ekeke.. Jalan-jalan... Tapi, balik nanti siap le. order yang menanti banyak giler... Ni den nak tunjuk gambar cuppies yang customer banyak tempah untuk cuti sekolah ni...

Thursday, May 21, 2009

Frosting cake




This is our new product design. Cantik tak? Before this, untuk hantaran, biasanya kita akan suggest;
1- Butter cream cake
2- Fresh cream cake
3- Fondent cake

and now...

4- Frosting cake...

Kalo berkenan, orderlah...

Trek kereta


Salam guys...
Lama tak update. Sorry, sibuk skit. Yesterday, ada sorang customer call. Dia minta buatkan kek untuk anak dia. Mula-mula nak gambar Ben 10. Pastu tukar lak.. Last-last, dia minta buatkan kek yang ada trek kereta. jenuh gak nak memikirkannya tu. tapi, alhamdulillah. Menjadi gak..

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru



Hi guys, Hari Guru is around the corner. Show your appreciation to your teacher. SELAMAT HARI GURU TEACHER!!!!

Wednesday, May 6, 2009

Pineapple upside down cake


Kek ni nama melayunya kek nanas terbalik. Baru je siap bakar... tu yg nak tunjuk tu. AMBIK BAU JE YE!!! Kalo nak, murah je. RM 10 per box...

Gadis Mulia


Produk ni namanya gadis mulia. Bawahnya ialah kulit pastry, dalamnya ada jem yang ditutupi dengan adunan butter cake. Pastry ni, kalo dengar mitosnya memang kelakar. Ia diberikan nama gadis mulia coz kononnya, mana-mana gadis yang dah tak mulia (dah takdo dara), bila buat pastry ni memang tak menjadi... ekekeke...
Kalo nak order bley. Sebiji jez RM1.20 sahaja....

Tuesday, May 5, 2009

Champion





Last post eden ada publishkan gambar produk untuk dibawa ke pertandingan MAGGI tu, kan...CEMASSSS!!!! Alhamdulillah, wife eden menang and yang paling best ialah kitaorang bolot kedua-dua kategori; iron chef and hot cooking competition... Bulan 10 ni kami akan ke Kedah untuk peringkat kebangsaan... TUNGGUUUU!!!

Wednesday, April 29, 2009

Cooking Competition





Tomorrow will be a competition battle held in SMK DUAM Jelebu. Tapi yang participate bukan sekolah den, sekolah Lyn.. Gambar kat atas adalah gambar produk untuk competition tu yang kitaorg ambik masa training.. Rasa-rasa boleh menang tak? Doa-doakanlah ye. Apa-apa pun, kita tunggu keputusannya esok. Astalavista..

Fruit Tartlet


Yesterday ada customer order fruit tartlet 200 pcs. Cantik tak? tu baru rupa, belum rasa tau... Pricenya RM 1.40 per piece. Murah jek. Tapi kena beli in a big amount le. Kalo sikit, harganya pun lebih sikit...

Monday, April 20, 2009

Pau Ahmad



PAU AHMAD... Nama macam sedap.. Korang pernah makan tak? Kalo dah nama Ahmad mesti gerenti orang Islam punya. Tapi, jangan silap. Memang le ada sijil Halal, tapi halal ke tangan dia? halal ke alatan yang digunakan? Produk ni own by chinese, resepi by chinese and employees nya pun chinese. So, Sendiri mau ingat lah... Sampai2 kanlah kepada semua...

Friday, April 17, 2009

Rancangan perniagaan

Kepada sesape yang nak mulakan perniagaan, tapi kekurangan wang, den boleh tolong... Tapi ingat aaa, saya bukan Ah Long, cuma nak tolong.. kat sini den attach Rancangan Perniagaan dan korang pergilah try apply kat TEKUN ke, MARA ke or mana-mana bank yang berkenaan... Kalo korang pergi buat RP ni kat consultant company, RM 2,000 dah tentu punya... den tak mintak duit, tapi mintak korang doakan keluarga dan kedai roti dan kek Ayubelyna sentiasa makmur dan bahagia...

i) folio RP

ii) isi kandungan RP

iii) surat kepada pembiaya kewangan

iv) financial projection

v) jadual bayaran balik pinjaman

Jamuan






Semalam kat sekolah ada jamuan. So penatlah skit... Ni le ghoman Serambi Cafe kat sekolah den dan menu yang den buat semalam.. ok tak?

Wednesday, April 15, 2009

Pastry cute



Datang-datang je kedai petang ni, dah ada tempahan dari kilang simen. Nak cup cake hias dan mini chocholate tart.. Waduh-waduh, last minute! Tapi, apa bley buat. Customer always right. Slogan pun 'YOU NAME IT, WE MAKE IT'

Buah pelik


Korang tau tak buah apa ni? ha, tu lah.. tau pakai je, tapi tak tau asal usul tak bley gak. Ni le buah asam gelugor. I pun tak tau, sampai le mak I gitau. Ekekeke...