Thursday, September 3, 2009

Rindu tiada penghujung

Lama betul tak blogging. Sory... Bz betul rasanya, kalo ada 28 jam sehari pun rasanya tak cukup... Tapi, kedatangan Ramadhan tetap den sambut dengan kerendahan hati yang tulus... Jadi bersempena bulan baik ni, den nak ucapkan SELAMAT BERPUASA MABRUR dan beramal soleh...

Tuesday, June 30, 2009

Tip pemilihan telur


Kadang-kadang kita terbeli telur tembelang (telur yang dah tak elok)... La ni,den nak kongsi tips bagaimana nak pilih telur yang segar...

Pemilihan
  1. Kulit telur hendaklah bersih, bentuk yang elok dan kesat
  2. Telur yang baru berat manakala telur yang lama ringan kerana kehilangan air di dalamnya akibat sejatan
  3. Apabila dihala ke cahaya terang, telur baru akan kelihatan bersih di dalamnya dan telur lamaakan kelihatan tompok hitam
  4. Telur baru tidak akan berkocak bila digoncang. Telur lama pula sebaliknya
  5. Telur boleh diuji kesegarannya dengan cara meletakkan telur di dalam air bergaram (60 gram + 1/2 liter air). Telur yang baru akan tenggelam dan bahagian bawahnya runcingnya ke bawah manakala telur lama akan timbul di permukaan)
  6. Apabila dipecahkan, kuning telur pejal dan bulat manakala putihnya pekat dan berkumpul disekeliling kuning telur. Telur yang lama kuningnya leper dan mudah pecah, putih telur cair

Friday, June 26, 2009

Tart gulung vegetarian


Kadang-kadang kesian nengok customer yang vegetarian. Susah nak cari produk untuk dimakan. So, kat sini den nak bagi resepi tart nanas vegetarian. Tak pakai telur. Cubalah...


Bahan-bahan

250 gm mentega
100 gm gula aising
100 gm tepung kastard
100 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum


Cara menyediakannya
  1. Mentega dicampur bersama gula aising dan pukul hingga kembang
  2. Masukkan tepung kastad, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit
  3. Kemudian, gaul adunan tadi hingga menjadi doh yang lembut
  4. Setelah itu, gunakan acuan tat dan gulung bersama jem nanas
  5. Adunan yang telah siap hendaklah disapu dengan kuning telur di atasnya. Bakar hingga masak

Thursday, June 25, 2009

Kek bantat


Kesilapan dan punca kek tidak menjadi

1- Tekstur yang rapat dan bantat
- Lemak dan gula tidak cukup diputar atau
- Telur tidak dipukul dengan cukup atau
- Adunan mendadih atau
- Terlalu banyak cecair atau
- Suhu ketuhar tidak cukup panas atau
- Serbuk penaik terlalu sedikit atau

2- Kek kering
- Kuantiti serbuk penaik berlebihan atau
- Masa memasak terlalu lama dan api perlahan atau

3- Tekstur kasar dan terbuka
- Kuantiti serbuk penaik berlebihan atau
- Kadar sukatan lemak atau tepung tidak tepat atau
- Lemak dan gula tidak cukup kembang atau
- Ketuhar terlalu panas atau

4- Kek naik tidak sama rata
- Kek tidak diletakkan ditengah ketuhar atau
- Ketuhar tidak cukup panas ketika memasukkan kek atau
- Tetingkat ketuhar tidak rata atau

5- Kek lekuk ditengah
- Terlalu banyak cecair digunakan atau
- Pintu ketuhar dibuka sebelum kek set atau
- Ketuhar kurang panas atau
- Terlalu banyak bahan penaik digunakan atau

6- Kek kemuncak dan merekah ditengah
- Ketuhar terlalu panas atau
- Kek diletakkan terlalu tinggi di dalam ketuhar atau
- Acuan kek terlalu tinggi atau

Frosting Cake



Last week dtg 1 couple nak order kek untuk majlis diaorg.. Bila bukak je album, kepala diaorg nak pening. Sebab banyak benar design... Finally, den tunjukkan frosting cake, terus diorg jatuh cinta dan lantas terus mengorder... mana taknya... frosting cake ni tengah ada promotion. 1 and half kg, baru RM60... Murah tu bro... Kalo kat tempat lain tak dapat harga ni (ayat org berniaga... ekekeke)... tapi betul, AYUBELYNA is a place which u can get cheaper price with a delicious taste and finest design... Insyaallha, we always try to make the best for our customers... kalo tak cayo, cuba order...

Hari Kantin




Last week den got a call from an old friend. Dia kata sekolah dia nak buat hari kantin dan dia nak jual produk-produk dari Ayubelyna. So, dia minta den sediakan a few products yang boleh laris dan harganya tak terlalu mahal. Pening jugak nak memikirkannya. Ialah, nak yang SEDAP TAPI MURAH... Setelah memikirkannya, keluar le beberapa produk;

1- egg tart (as u can see)
2- chocolate tart (as u can see)
3- mini piza
4- chocolate donut
5- truffle (as u can see)
6- assorted of dadih
7- butter cake slice

Harap-harap produk yang dijual licin... Harap-harap gak dia puas hati dengan keuntungannya... Harap-harap gak customer satisfied dan simpan AYUBELYNA di dalam sanubari hati...

Tuesday, June 23, 2009

Kek Lapis Negeri Sembilan



Kek ni memang mencabar keimanan.. Sebiji je ambik masa 4 jam. Senang lagi ambik paper Business Statistic.. Mula-mula risau juga takut tak jadi coz dah lama tak buat. Takut skill hilang, tapi alhamdulillah. Menjadi... Dah habis pun... Raya tahun ni, bertambah lah 1 lagi produk baru. Kek Lapis Sarawak... Takyah gi jauh2 beli, kat N9 pun bley. ekekeke...